RSS

April Fool lah!



Setiap kali menjelang 1hb.April,segelintir umat Islam akan taksub dengan budaya pandang Barat.. Yelah, semua menuju ke arah Barat. Dari segi politiknya, dari sudut pendidikannya, dari pembangunan ekonominya, dari budaya-sosialnya, dan pendek kata, dari segala aspek la.. Nak buat macam mana kan, barat kan 'MAJU'.. Sedangkan sudah terang dan tak perlu pakai lampu-lampu suluh pun bukan semua apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut.. Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak! kalau nak dikira pada agama, alamatnya, tak tahulah nak kata apa..! Gunalah fungsi akal itu untuk berfikir..

Setiap kali menjelang tanggal 1hb.APRIL, maka apa yang terfikir di benak fikiran remaja terutamanya? sudah tentu, akal ligat berputar memikirkan rancangan “PENGANIAYAAN" Jadi ke tak jadi ke, lain kira. Asalkan, mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Sebenarnya, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i’m sorry to use this words) atau “practical joke” yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan “Aku ceraikan kau dengan talak 3″ pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan “APRIL FOOL”… Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi Allah..

April Fool’s Day ini dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan ‘aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan… Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah ‘Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum gah bila kita mengikut telunjuk mereka…

Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan “agenda” barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)..Seperti yang telah sedia maklum, antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDONISME iaitu budaya cintakan hiburan. Dan contoh yang sudah jelas adalah April Fool itu sendiri.. Jadi, mahukah kita tergolong dalam kalangan umat Islam yang saja buat-buat tidak tahu?? Tepuk dada, tanya iman…

Wahai sekalian sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, Jika kita cintakan Islam, maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.. Ayuh! Kembalikan kegemilangan Islam!..



p/s : Jom, kembalikan kegemilangan Islam! psst.. Kalau bukan kita, siapa lagi?!

0 comments:

Post a Comment