RSS

:: puasa ::


PUASA
Bahasa : menahan daripada sesuatu
Istilah / syarak : Menahan daripada makan dan minum daripada naik fajar hingga tenggelamnya matahari.

1.JENIS-JENIS PUASA
a) WAJIB :
Puasa Ramadhan (2:183-185), puasa kafarah dan puasa nazar

b)HARAM :
• Puasa Sunat(isteri) tanpa izin suaminya kecuali suaminya tidak berhajat keatasnya “Tidak halallah bagi seseorang isteri kalau ia berpuasa, sedangkan suaminya menyaksikannyaiaitu ada I rumah melainkan dengan izin suaminyatersebut.juga tidaklah dianggap sudah mendapat keizinan walaupun ia memang tinggal didalm rumah suaminya(tinggal sebumbung),kecuali izin suaminya sendiri”(muttafaqun ‘alaih)
• Puasa hari syak:hari 30 sya’ban
• Puasa di hari raya
• Puasa hari tasyrik : 11,12 dan 13 zulhijjah
• Puasa orang yang tidak suci(haid @ nifas) atau puasa yang boleh mengancam kesihatan si pemuaa tersebut
• Puasa wisyal (menyambung puasa 2 hari atau lebih tanpa berbuka lansung)

c) MAKRUH :
• Puasa pada hari jumaat sahaja
• Puasa pada hari sabtu sahaja “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu semua berpuasa pada hari Jumaat kecuali kalau kamu berpuasa sehari sebelumnya atau sesudahnya.” (Muttafaqun a”laih )

d) SUNAT :
• Puasa Nabi Daud (“Puasa yang amat tercinta di sisi ALLAH adalah puasa Nabi Daud…”) iaitu sehari berppuasa dan sehari berbuka
• Puasa 3 hari di setiap pertengahan bulan Islam Qatadah : “Rasullullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk berpuasa dalam hari-hari bidh (putih), iaitu pada tanggal 13,14,dan15” (Abu Dawud )
• Puasa isnin dan khamis “ditunjukkan amalan-amalan itu oleh para malaikat kepada ALLAHpada hari isnin dan khamis, maka aku suka jikalau amalanku itu ditunjukkan didalam keadaan aku berpuasa” (Imam tarmizi )
• Puasa 6 hari di bulan syawal “Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa selama setahun” ( IMAM MUSLIM )-Mana-mana 6 hari di bulan syawal.
• Puasa di hari Arafah-9/10 Zulhijjah
• Puasa di bulahn Haram-Sya’ban,Zulhijjah,Rajab, dll.

2) PERKARA SUNAT SEMASA BERPUASA
• Bersahur
• Menyegerakan berbuka puasa
• Membaca doa sebelum berbuka
• Mandi wajib sebelum fajar
• Memelihara lidah
• Menahan mata melihat mungkar-filem berunsur lucah dll
• Memelihara pendengaran-umpatan,nista dll
• .memelihara anggota badanyang lain dari membuat maksiat
• Memperbanyakkan sadaqah
• Memperbanyakkan amalan kebaikan
• Beriktika-bulan ramadhan

3) PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
-Ia terbahagi kepada 2 jenis bahagian hukum :-

a)Batal puasa dan wajib qada’(ganti)
b)Batal puasa dan wajib qada’serta membayar kafarah

a) Batal puasa dan wajib qada’
• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
• Muntah dengan sengaja
• Onani-lelaki
• Haidh
• Nifas
• Makan minum dengan sengaja

b) Batal puasa wajib qada’ dan membayar kafarah
• Melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan bagi orang yang mukalaf(beraqal)

**Puasa kafarah:-
Syarat:-
-telah melakukan persetubuhan dengan sengaja di siang hari pada bulan Ramadhan
-terbatal puasa dengan berjimak
-Suami sahaja harus membayar kafarah ( puasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak mampu harus memberi fakir miskin mengikut jumlah yang ditetapkan)

Rukhsah
• Musafir
• Sakit ada harapan sembuh
• Sakit tiada harapan sembuh
• Wanita mengandung
• Oarng tua yang terlalu uzur

4. HUKUM ORANG MENIGGALKAN PUASA
a)orang yang meninggalkan puasa serta engkar/menolak hokum wajib puasa ke atasnya.
- HUKUM HUDUD HARUS DILAKSANAKAN KE ATASNYA

b)Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja walhal ia mengetahui puasa itu wajib ke atasnya dan tidak menolaknya
-FASIK-Pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadapnya

5) KELEBIHAN BERPUASA
• Sebagai perisai melakukan maksiat
• Di jauh muka-muka(pemuasa) dari api neraka
• Melatih diri untuk Membulatkan keikhlasan kepada ALLAH

:: fadhilat syaaban ::

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

April Fool lah!



Setiap kali menjelang 1hb.April,segelintir umat Islam akan taksub dengan budaya pandang Barat.. Yelah, semua menuju ke arah Barat. Dari segi politiknya, dari sudut pendidikannya, dari pembangunan ekonominya, dari budaya-sosialnya, dan pendek kata, dari segala aspek la.. Nak buat macam mana kan, barat kan 'MAJU'.. Sedangkan sudah terang dan tak perlu pakai lampu-lampu suluh pun bukan semua apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut.. Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak! kalau nak dikira pada agama, alamatnya, tak tahulah nak kata apa..! Gunalah fungsi akal itu untuk berfikir..

Setiap kali menjelang tanggal 1hb.APRIL, maka apa yang terfikir di benak fikiran remaja terutamanya? sudah tentu, akal ligat berputar memikirkan rancangan “PENGANIAYAAN" Jadi ke tak jadi ke, lain kira. Asalkan, mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Sebenarnya, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i’m sorry to use this words) atau “practical joke” yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan “Aku ceraikan kau dengan talak 3″ pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan “APRIL FOOL”… Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi Allah..

April Fool’s Day ini dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan ‘aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan… Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah ‘Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum gah bila kita mengikut telunjuk mereka…

Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan “agenda” barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)..Seperti yang telah sedia maklum, antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDONISME iaitu budaya cintakan hiburan. Dan contoh yang sudah jelas adalah April Fool itu sendiri.. Jadi, mahukah kita tergolong dalam kalangan umat Islam yang saja buat-buat tidak tahu?? Tepuk dada, tanya iman…

Wahai sekalian sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, Jika kita cintakan Islam, maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.. Ayuh! Kembalikan kegemilangan Islam!..



p/s : Jom, kembalikan kegemilangan Islam! psst.. Kalau bukan kita, siapa lagi?!

Hadith 01 - Setiap Amalan Adalah Dengan Niat

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)



SYARAH HADITH OLEH DR. MUSTAFA AL-BUGHA DAN MUHYIDDIN MISTO

Kepentingan Hadith:

Sesungguhnya hadith ini adalah di antara hadith penting yang menjadi paksi kepada putaran Islam. Ia adalah asas kepada Islam. Kebanyakan hokum-hukam Islam bersandarkan kepada hadith ini. Ini jelas dapat dilihat daripada kata-kata para ulama’

Imam Abu Daud berkata: “Sesungguhnya hadith ini iaitu hadith bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat”

Sementara Imam Ahmad dan Imam Syafie pula berkata: “ Di dalam hadith ini (iaitu hadith “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat”) mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati, lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu daripada tiga pembahagian tersebut.” Kerana itulah para ulama’ suka memulakan kitab-kitab serta penulisan mereka dengan hadith ini. Imam Bukhari telah meletakkan hadith ini pada awal kitab sahihnya. Imam Nawawi juga telah memulakan ketiga-tiga kitabnya iaitu Riyadhus Sholihin, al-Azkaar dan al-Arba’uuna Hadiithan (Hadith Empat Puluh) dengan hadith ini.

Faedah pembukaan dengan hadith ini ialah sebagai peringatan kepada penuntut ilmu agar mrngikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah Taala di dalam menuntut ilmu dan melakukan amalan kebaikan.

Maksud Kalimah

Al-Khafshu: Singa dan abu khufshin adalah gelaran kepada Saidini Umar bin al-Khattab

Innama: Bahawasanya. Ia adalah huruf hasr yang bertujuan untuk menisbatkan sesuatu yang disebut selepas daripada perkataan ini dan menafikan selainnya.

Binniyat: Jamak (plural) kepada niati. Maknanya dari segi bahasa ialah tujuan. Dari segi istilah pula ialah tujuan yang diserai dengan perbuatan.

Amrii: setiap orang. Iaitu semua insane sama ada lelaki mahupun perempuan.

Hijratuhu: Hijrahnya. Hijrah pada bahasa ialah meninggalkan. Dari segi syara’, hijrah ertinya berpindah dari Negara kafir ke Negara Islam kerana takutkan fitnah. Yang dimaksudkan dengan hijrah di dalam hadith ini ialah perpindahan dari Mekah dan lainnya ke Madinah sebelum berlakunya pembukaan kota Mekah.

Ilallahi: kepada Allah, iaitu ke tempat yang diredhai oleh Allah Taala dengan niat dan tujuan yang diredhaiNYA.

Fahijratuhu ilallahi warasulihi: Maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. Maksudnya, hijrahnya itu diterima dan diberikan ganjaran. Lidunya yushibuha: kerana dunia yang akan diperolehinya. Maksudnya, kerana tujuan keduniaan yang ingin diperolehinya.

Sebab Hadith ini Dilafazkan

Imam at-Thabrani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantaian perawinya yang tsiqah, daripada Ibnu Mas’ud Radhiyallahuanhu beliau berkata: “Terdapat di kalangan kami, seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.


Kandungan Hadith

1. Syarat Niat

Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti sembahyang, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.

Manakala ibadat tidak langsung, iaitu yang hanya menjadi wasilah seperti wudhuk dan mandi, maka ulama’ Mazhab Hanafi berpendapat bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala. Manakala ulama’ mazhab Syafi;e dan lain-lain menyatakan bahawa niat juga merupakan syarat sah. Oleh itu, ibadat-ibadat langsung tidak sah kecuali disertai dengan niat.

2. Waktu niat dan tempatnya

Waktu niat ialah permulaan ibadat, seperti takbiratul ihram di dalam ibadat sembahyang dan ihram di dalam ibadat haji. Manakala di dalam ibadat puasa, memadai niat sebelum bermulanya puasa kerana kesukaran untuk memerhati fajar pagi.

Tempat niat ialah di hati, justeru itu tidak disyaratkan berlafaz dengan niat tersebut. Walaupun begitu, disunatkan berlafaz sebagai menolong hati untuk memudahkannya mengingati apa yang ingin diniatkan. Disyaratkan juga pada niat, menentukan perkara yang diniatkan dan membezakannya daripada perkara lain. Oleh itu tidak memadai bagi seseorang itu sekadar meniatkan sembahyang sahaja, bahkan mesti menentukan jenis sembahyang tersebut sama ada zohor atau asar dan seterusnya.

3. Berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh

Hadith ini juga menerangkan bahawa sesiapa yang telah berniat untuk melakukan sesuatu amal soleh, tetapi terdapat keuzuran yang kuat seperti sakit, mati atau seumpamanya yang menghalang seseorang daripada melaksanakannya, maka dia diberi pahala berdasarkan niatnya itu.

4. Ikhlas di dalam amalan dan ibadat

Hadith ini juga membimbing kita supaya ikhlas di dalam amalan dan ibadat sehingga kita mendapat ganjaran dan pahala di akhirat, juga mendapat taufik serta kejayaan di dunia.

5. Amalan yang bermanfaat

Setiap amalan yang bermanfaat dan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat dan keikhlasan serta menuntut keredhaan Allah s.w.t.

Sumber : halaqah-online.com

Pemimpin Silih Berganti


Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Kaum Bani Israel biasanya dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggalnya seorang nabi akan diganti pula oleh seorang nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tiada nabi sesudahku. Ada beberapa orang pemerintah sebagai penggantiku dan banyaklah bilangan mereka itu,” Baginda bersabda,“ Lakukanlah baiah yang pertama, dan hendaklah patuh kepada pemerintahan mereka. Kamu juga hendaklah memerangi mereka yang menentang mereka, dan mohonlah kepada Allah apa-apa yang menjadi hak bagimu, Allah akan bertanya kepada khalifah-khalifah itu mengenai cara mereka mentadbir pemerintahan mereka”.
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Allah tidak akan membiarkan umatnya hidup di dunia tanpa bimbingan daripada para nabi dan rasul.
2. Nabi-nabi dibangkitkan mengikut giliran yang ditetapkan oleh Allah kepada kaum-kaum yang tertentu.
3. Nabi Muhammad merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan untuk seluruh umat.
4. Umat Islam hendaklah taat dan setia kepada pemerintah yang dilantik selagi pemerintahan itu tidak bertentangan dengan syiar Islam.


Dengarlah Wahai Temanku Sekalian...




Temanku,
Allah menjadikan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun dengan berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya..

‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian.’
(Surah Al-Tin:4).

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata??
Mahukah kita hidup terhina??
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya..

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah Al-Mujadilah:11).


Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang dan bahagia..

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..

‘You are the best ummah.’(Al-Imran:110).

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.’
(Al-Hujurat:13).

Jelaskan visi perjalanan,

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’(Al-Baqarah:201).

Jadikan ilmu sebagai bekalan,

‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.’
(Al-Alaq:1-2).


Sedarlah kita pemikul amanat Tuhan,

‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya
enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak
melaksanakan.’
(Al-Ahzab:72).


Ketinggian seseorang kerana iman,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
’(Ali-Imran:139).


Lantaran itu, carilah redha Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha × istiqomah – malas / masa+yakin,
Asas kejayaan,

‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.
’(Ar-Ra’d:11).

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya
dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).’
(At-Tawbah:59).

Temanku,
Kau tidak bodoh andai engkau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang.
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan kau biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan..
Berjuanglah temanku,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di SYURGA…smiley-smile



p/s : luahan hati yang minta didengari..dengarkah anda?

:: keberkatan rezeki perlu di cari ::


lam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk bebas daripada belenggu kemiskinan. Peringatan itu maha penting kerana kemiskinan sebenarnya boleh menggelincirkan iman seseorang.

Ini kerana bagi seseorang yang lemah imannya akan sanggup menggadaikan akidahnya dengan melakukan pekerjaan yang terlarang serta menuturkan kata-kata yang menolak kebeswaran Allah seperti menafikan keadilan Allah dan sebagainya.

Manusia digalakkan mencari kerja yang halal, yang sekaligus akan menjadi ibadat selagi dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukum-Nya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya. Apatah lagi jika tubuh badan masih kuat dan sihat, perbuatan meminta-minta sebegitu amat dilarang keras oileh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghina Islam itu sendiri.

Malah Rasulullah SAW sendiri memberikan peringatan mengenai perbuatan ini melalui sabdanya, “Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang pada hari kiamat tanpa secebis daging pun di wajahnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mensyukuri rezeki menambahkan berkat

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya. Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Rezeki adalah ketentuan Allah SWT. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Allah telah berfirman, “telah berfirman Allah kepada malaikat pembahagi (pengedar) rezeki kepada bani Adam: mana satu hamba-Ku yang kamu temui menujukan harapannya kepada Aku semata, maka jaminkanlah rezekinya langit dan bumi. Dan mana satu hamba-Ku yang kamu temui sedang mencari rezekinya, sesungguhnya dia sedang menuntut keadilan, maka lorongkanlah jalan-jalannya tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolehi lebih daripada apa yang telah Aku tentukan untuk mereka itu.” (Hadis riwayat Abu Naim)

Bila Allah Taala cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaanpun, kerana kasih sayang Allah itu mendahului Kemurkaan-Nya....