RSS

Solat... dah ke bElum??

SOLAT FARDHU

Solat adalah ibadah yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Satu daripada rukun Islam yang lima. Suatu kewajipan pada setiap individu yang telah mencapai usia baligh.solat yang difardukan ke atas umat Islam adalah lima waktu sehari semalam. Solat telah disyari’atkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Maksud firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Berdasarkan hadis-hadis tentang hukum meninggalkan solat fardhu itu sama nilainya dengan dosa seperti berikut :-

1) Sesiapa yang meninggalkan Solat Subuh nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

2) Sesiapa yang meninggalkan Solat Zohor dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam.

3) Sesiapa yang meninggalkan solat Asar dosanya seperti ia merobohkan Kaabah.

4) Sesiapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuannya bagi lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelakinya bagi perempuan.

5) Sesiapa yang meninggalkan Solat Isyak nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini dan menggunakan segala nikmatNya

“HIDUP UNTUK MENGEJAR MARDHOTILLAH”




0 comments:

Post a Comment